Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penggung
Jaya , Kuala Betis, Gua Musang mencipta kejayaan lagi. Biarpun bukan mendapat
tempat pertama atau johon, kejayaan di tempat ketiga di peringkat negeri sudah
dianggap satu pencapai besar.
Kejayaan kali ini digapai dalam Choral
Speaking Competition Kelantan State Level sempena Karnival Semarak Ilmu yang
berlangsung di Mydin Tunjong, Kota Bharu Kelantan.
Kejayaan demi kejayaan dicipta oleh pelajar
SMK Panggung Jaya, biarpun sekolah berkenaan bukan berstatus elit. Lokasinya
adalah sekolah menengah paling jauh di pedalaman jika diukur jarak dari Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan yang terletak di Tunjung, Kota Bharu.
SMK Panggung Jaya berstatus Sekolah Orang
Asli Kelantan, yang turut menjadi tempat pelajar kaum lain menimba ilmu,
khususnya pelajar yang tinggal berhampiran. Sekolah yang secara rasminya
dirasmikan pada tahun 2024 oleh Menteri Pelajaran, biarpun operasinya telah
bermula sejak beberapa tahun sebelumnya.
Tahniah kepada semua pelajar dan guru tidak
mengenal erti “takut” kepada pencabar yang hebat. Tidak menganggap diri kerdil
dan lemah biarpun berdepan dengan pencabar yang telah lama mencipta nama. Apa
tidaknya, yang mencabar dan dicabar adalah sekolah-sekolah berasrama penuh
(SBP).
Tahniah di atas komitmen dan dedikasi guru
pembimbing Cikgu Haslina Mohd Farid, Cikgu Raihan Ramlee dan Cikgu Najihah Che
Harun, serta dibantu pentadbir sekolah. Tahniah juga kepada pengetua, Mohd
Khairul Bahri Ismail.
No comments:
Post a Comment