Motivasi bola pingpong. Realiti dalam perniagaan akan berdepan dengan situasi penolakan daripada prospek. Prospek yang ditemui menolak tawaran untuk diberikan taklimat mengenai produk. Kalau penjelasan mengenai produk telah ditolak, mana mungkin mereka akan membelinya.
Lebih parah lagi ada yang menghina dan menyalahkan kita. Macam-macam alasan dan dakwaan tidak berasas dilontarkan. Kononnya itu semua hanya tipu. Memang perit dan rasa kecewa amat sangat bila berdepan situasi begitu.
Bila berdepan situasi itu, bertabahlah. Ikutlah resam bola pingpong. Biarpun kecil dan nipis kulitnya, ia bergerak laju menuju sasaran. Semakin kuat dipukul semakin laju pergerakannya.
Kita kena lincah dan pantas. Mata tajam memerhati dan deria keyakinan berada pada tahap tertinggi untuk membalas setiap pukulan lawan.
Semakin kuat orang hina, orang tolak dan dilontar tuduhan buruk, semakin kuat kita berusaha. Itulah cara orang ingin berjaya.
Jangan ikut cara telur. Bila jatuh terus pecah. Peluang untuk melahirkan keuntungan besar terus musnah dan terhenti setakat itu sahaja. Masa telur dizahirkan ke dunia ini, riuh sekampung ibunya berkokok. Namun, jiwanya mudah rapuh dan mudah pecah.
No comments:
Post a Comment