Friday, 21 January 2022

EJAAN BETUL 'KUEH TIOW' ATAU 'KUETIAU'

 
Ada nama sejenis kuih atau makanan yang sering dieja salah. Nama salah yang kerap digunakan ialah kuey tiaw, kuey tiow, kuew tiaw, kueytiaw, kueh tiaw dan kway teow.

Ejaan salah itu sebenarnya merujuk kepada kuetiau iaitu sejenis kuih atau makanan yang berwarna putih yang lembut dan berkeping-keping dibuat daripada tepung beras.

Kuetiau biasanya digoreng dengan dicampurkan rempah, udang, daging dan sayur-sayur. Ada dua jenis menu kuetiau digoreng iaitu kering dan basah.

Secara istilahnya, jika disebut kuetiau goreng, maksudnya adalah digoreng kering atau seperti kebanyakan cara mi digoreng.

Manakala char kuetiau pula adalah merujuk kepada kuetiau digoreng basah. Perkataan ‘char’ adalah bermasuk goreng basah.

Seelok dan sebetulnya, char kuetiau perlu disebut atau dieja sebagai kuetiau goreng basah, ia digoreng dengan ada sedikit kuah.

No comments:

Post a Comment