Tuesday 10 March 2020

MASJID AL-HAKIM TAMAN TANJUNG CHAT

Masjid Al-Hakim, Taman Tanjung Chat merupakan antara masjid yang aktif menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan untuk masyarakat setempat. Beralamat di Jalan Tanjung 17A, Taman Tanjung Chat, 15400 Kota Bharu.

Bagi mereka yang tidak biasa mungkin keliru dengan Masjid Mukim Tanjung Chat kerana Masjid Al-Hakim juga ada yang memanggilnya 'Masjid Tanjung Chat'.

Masjid Al-Hakim disebut secara tidak tepat sebagai 'Masjid Tanjung Chat' kerana lokasinya di Taman Tanjung Chat. Sedangkan Masjid Tanjung Chat terletak kira-kira satu kilometer dari masjid berkenaan.

Taman Tanjung Chat merupakan antara taman perumahan utama di Kota Bharu yang terawal selain Taman Uda Murni dan Taman Guru Pintu Geng.

Masjid Al-Hakim juga dikenali sebagai Kompleks Masjid Al-Hakim kerana di kawasan masjid terdapat bangunan lain seperti pusat tahfiz.  

No comments:

Post a Comment