Pada 28 Januari 1986, dunia dikejutkan dengan bencana yang
menimpa pesawat ulang-alik Challenger milik National Aeronautics and Space
Administration (NASA) Amerika Syarikat.
Hanya 73 saat selepas pelancaran, pesawat itu meledak di
udara, mengorbankan seluruh tujuh krunya, termasuk Christa McAuliffe, seorang
guru dari New Hampshire yang terpilih dalam program "Teacher in
Space" NASA.
Beliau merupakan guru sekolah pertama yang berjaya terpilih
dalam program NASA untuk menjelajah ruang angkasa.
Tragedi yang terjadi ke atas pesawat Challenger ini telah
menyebabkan NASA mengantung program angkasa lepasnya untuk beberapa ketika.
Kru sebelum memasuki pesawat
Kepulan asap selepas letupan