Siput babi perosak tanaman. Siput babi (Achatina fulica)
merupakan sejenis haiwan dari kumpulan siput di dalam keluarga Achatininae yang
mudah dijumpai di kawasan kebun dan keliling rumah yang ada tumbuh-tumbuhan.
Siput babi adalah perosak utama tanaman yang aktif pada
waktu malam atau selepas hujan untuk memakan daun muda, sayur-sayuran, dan anak
benih.
Sifatnya yang kuat makan menyebabkan siput babi dikategorikan
musuh utama petani.
Keupayaan cara permakanan siput babi menyebabkan haiwan ini
mampu membesar dan membiak dengan banyak di tempat yang tersedia sumber makanan
yang banyak.
Kawasan tanaman seperti sayur-sayuran dan pucuk buah-buahan
yang rendah atau anak benih yang baru ditanam memang disukai oleh siput babi.
Serangan selalunya berlaku pada malam hari ketika cuaca
sejuk dan tiada sinaran matahari.
Siput ini merupakan siput di atas tanah atau atas daratan
walau pun banyak kumpulan siput lain yang hidup di dalam air serta mempunyai
organ seperti hidupan lain di dalam air.
Siput ini mempunyai cengkerang yang besar di belakangnya
berwarna coklat terang dengan coklat kekuningan yang terang berjalur-jalur atau
selari.
Warna cengkerang bergantung kepada lokaliti, jenis
permakanan dan spesis. Cengkerang yang berbentuk piramid ini mempunyai bucu
hujung yang tirus berbentuk spiral.
Cengkerang ini mempunyai 7-9 pusingan apabila siput babi
cukup dewasa. Fungsi cengkerang (conical shell) ini adalah sebagai perumah,
pelindung, dan simpanan makanan yang keras dan tahan lama.
.jpg)
No comments:
Post a Comment