Pokok pisang matang akan
mengeluarkan kelompok bunga yang keluar selepas pelepah daun yang terakhir.
Selepas kelompok bunga keluar, tidak ada lagi pelepah akan keluar.
Kelompok bunga sebenarnya
bermula dari umbi sebagai teras batang naik ke atas dan keluar di bahagian atas
pokok pisang.
Kelompok bunga pisang itu
keluar tanpa terus menghasilkan buah. Sebaliknya akan terlebih dahulu terbentuk
tandang yang menganjur keluar menolak kelompok bunga sehingga dalam keadaan
membongkok dan terjuntai ke bawah.
Kelompok bunga pisang mempunyai
kulit berlapis. Setiap lapis terdapat bunga pisang yang akan keluar apabila
kulit terbuka. Bunga pisang akan membentuk buah pisang.
Di setiap lapis kulit yang
terbuka membentuk satu sikat pisang yang mengandungi bilangan di antara 10
hingga 15 biji.
Bilangan lapis kulit yang
mengandungi sikat pisang bergantung kepada jenis pisang. Biasanya bilangannya
antara lima sikat hingga 15 sikat.
Seterusnya, lapisan kulit
itu biarpun terbuka tetapi tidak lagi ada buah yang terbentuk. Kelompok bunga
yang terus keluar itu dikenali jantung pisang.
Jantung pisang boleh
direbus atau dicelur untuk dijadikan ulam, kerabu dan sayur mengikut menu
masing-masing.


No comments:
Post a Comment