Friday 3 June 2022

PCAK BANTU ASNAF

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) baharu bertatih dalam aktiviti kemasyarakatan. Namun, iltizam untuk membantu asnaf menjadi harapan yang digantung pada tiang seri perjuangan seluruh ahlinya.

Pengerusi PCAK dan ahlinya akan berusaha sekadar yang termampu. Tidak menjanjikan boleh membantu, tetapi berusaha untuk membantu.

Bantuan yang dihulurkan kadang-kadang melampaui kemampuan, namun usaha tetap usaha. Kalau tidak ada keupayaan sendiri, difikirkan jalan untuk mendapat bantuan pihak lain yang lebih berkemampuan.

Apa sahaja yang dilakukan adalah demi kelangsungan hidup asnaf menjadi lebih baik dan paling penting tidak menjadi semakin buruk.

PCAK berusaha mencari rakan NGO dan individu yang dapat bersama-sama merealisasikan usaha membantu asnaf.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment