Monday, 8 June 2026

HUBUNGAN PAS BERSATU PUTUS

 
Dahulu PAS tinggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) kerana hendak bersama BERSATU dalam Perikatan Nasional. Kini, PAS tinggalkan BERSATU, ketika sibuk mempromosikan usaha menyatukan orang Melayu Islam.

BERSATU dipimpin dan disertai orang Melayu Islam diceraikan oleh PAS. Adakah itu usaha untuk menyatukan Melayu Islam?

Itulah sikap PAS yang suka nikah dan cerai. Ketika belum bercerai dengan BERSATU sudah terkejar-kejar dengan parti lain. Ini sudah bercerai, pasti akan meroyan mencari yang lain pula.

Keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa 8 Jun 2026.

Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 8 Jun 2026, selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan, berkata parti memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah.

Persoalannya, adakah memutuskan hubungan dengan BERSATU itu termasuk atas prinsip penyatuan ummah?

Inilah peliknya dalil PAS dalam mengambil sesuatu keputusan dan tindakan.

Jadi, mana-mana parti politik yang ingin menjalin kerjasama dengan PAS perlu mengambil kira pengalaman PAS nikah dan cerai politik. Kira macam nikah mutaah. Bila-bila masa boleh nikah dan bila-bila masa boleh cerai.

No comments:

Post a Comment