Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan bersama Malaysian Medical Association (MMA) telah memberi sumbangan bakul dapur kepada 100 orang penerima yang terjejas akibat banjir, terkesan akibat wabak Covid-19 serta golongan asnaf di Jajahan Tumpat, Kelantan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah. Hadir sama dalam program Pengerusi BSMM Negeri Kelantan, Tuan Ghazali Tuan Long, Pengerusi MMA Cawangan Kelantan, Dr Rosnelifaizur Ramely, serta Pegawai Perubatan BSMM Negeri Kelantan, Dr Zurairei Mohd Zubir.
MMA Foundation telah menyumbangkan RM10,000 melalui BSMM Negeri Kelantan untuk menyediakan 100 bakul dapur untuk menjayakan program tersebut.
Anda ingin menderma untuk program seumpama itu pada masa hadapan? Hubungi 09-7435504 / 012-9605982 untuk maklumat lanjut.
Gambar: BSMM Negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment